Tuesday 11 March 2014

Dunia tak Kejam.

Dunia tak sekejam yang kau sangka
Dunia tak sekejam yang kau fikirkan

Dunia tidak kejam.

Mengapa kau katakan dunia ini kejam?
kerana kau tak bahagia?
apakah kerana kau sering ditimpa masalah dan musibah?
apakah kerana kau sering ditimpa bala?

ya,itu ujian Allah. 

cuba kau fikir sejenak.
kau dekat tak dengan Allah?
kau turut perintahNya?
kau meminta padaNya?
adakah kau berdoa padaNya?

fikir.

ujian Allah bagi supaya kita jadi kuat daripada apa kita sebelumnya.
walau berjuta kali jatuh bangkitlah

tapi apa kita buat,
bila ditimpa bala terus berkata "ah dunia ini kejam! kejam! aku benci hidup!"

adakah mati itu mudah?
adakah mati itu tanda berakhirnya kesengsaraan?

tidak sama sekali.

cuba kau renung diri kau.
bila masanya kau mengadu pada Allah?
bila masanya kau bersyukur pada Allah?
bila masanya kau dekat dengan Allah?

bila?

bila terjadinya bencana
terjadinya perkara buruk barulah meminta padaNya
bila dah nak dekat peperiksaan baru nak solat hajat
baru nak meminta dengan DIA

mengapa sebelum ini tidak?
apa kau lupa?
perkara yang wajib kita sebagai umat islam lakukan bukan hanya dikala kita susah
tetapi setiap hari setiap masa

duniawi buat kau lalai
kau terlalu mengejar duniawi hingga akhirat kau tinggal
jangan pernah lupa dunia yang satu itu

pabila kau gagal di dunia
barulah kau fkir dunia ini kejam
pada siapa kau nak salahkan?
pada siapa kau nak tundingkan jari?

sudah tentu salahkan orang lain.
mana mungkin fikir ianya salah diri sendiri.
benarkan?

cliche.

sudah terhantuk baru terngadah
ya,itulah manusia.

dunia tidak kejam tetapi manusia yang membuatkan ia jadi kejam.

imbangi dunia dan akhirat
hidup bergantung pada Allah
rezeki,ajal dan maut di tangan yang di atas sana
bukan di tangan manusia yang tidak tahu apa apa

masih belum terlambat untuk berpatah balik ke jalan Allah.
pintu sentiasa terbuka luas 
berlarilah ke dakapan Allah yang satu
pasti kau temui ketenangan
pasti kau temui bahagia yang kau cari

dan pasti,
kau rasai dunia ini tidak sekejam yang kau kira.

bukan dituju untuk sesiapa. bukan memerli sesiapa. ianya satu peringatan untuk diri sendiri juga.

Jangan lalai. Jangan alpa.
tetapkan hati. teguhkan iman. 

Allah with us. 

Salam Alaykum! 

Legoland!

What's best in Legoland? "LEGO!!!!" Memang lego lah yang ada pu...