What's best in Legoland?
"LEGO!!!!"
Memang lego lah yang ada pun.
For this trip i thanked to Sime Darby Plantation sebab organize this kind of family day. So ada lah peluang nak pegi tempat ni, kalau ikutkan tempat ni termasuk dalam list bila ada anak pasalnya bebudak je seronok main sini. Untuk aku alahai rasanya biasa saja. But then, 5 stars!
Aku pulak tak pegi waterpark since company family day so agak malu nak berendam macam badak dalam air and lagipun aku bukan jenis suka main air hahaha so the whole day daripada pagi sampai petang aku pegi theme park aje lah. Even ni tempak kanak kanak, it was fun actually!
Oh yes, disebabkan masuk under company, im not very sure the ticket price. If i'm not mistaken RM169 per person for adult. Yes, its free to enter both water park and theme park and also free lah nak main semua cuma queue aje panjang hahah and, food! so expensive! dan lagi, no outside food allowed sebab before masuk ada security check beg, tahan la lapar okay if nak jimat duit. Hahah!!
1. Lego Technic!
Ibarat macam cawan kat fun fair murah murah tu lah haa naik pastu pusing pusing. Tapi pusingan dia tak laju mana pasal this one kan memang buat untuk budak, kalau laju kang mabuk pulak. Even aku sendiri pun pening dibuatnya. But then, its cute! Terasa macam kau yang buat lego lego tu sendiri hehehe
2. Lego Race!
Roller coaster ride! Kalau tanya aku memang tak extreme lah pasal ini untuk budak kan, still it was fun to ride. Benda alah ni pun beratur panjang termasuk sekali rombongan sekolah pulak masa aku pegi jadi kesabaran tinggi lah queue. Punya lama menunggu, spoilnya 2 round je?!! ko ghase? tak sempat panas bontot, anak tekak pun tak sempat nak terkeluar lagi.
3. Lego Kingdoms!
Bila nampak je lego kingdoms ni kau akan excited sebab aku pun excited. Sebab dalam ni ada castle of grim which is roller coaster ride yang laju sikit lah daripada first ride tadi tu. Then the building tu alaa macam dalam cerita cerita sejarah zaman oversea punya cerita. So aku sangat into historical movie, memang aku lah paling excited masuk sini. Then again, kelajuan roller coaster masih kelajuan kanak kanak ye bukan orang dewasa, jadinya dont expect to be so extreme lah.
Penjaga Kingdoms yang dah tumbang curik tulang ni..... |
Aku cerita pasal roller coaster kan tadi? tapi tak ada satu gambar roller coaster pun kat lego kingdoms ni hahaha pasal masa naik tak sempat bergambor apatah lagi nak ambik gambar yang lego cameraman punya, mahal lah! tunggu ada anak baru aku spend duit hehehehe
Penjaga the castle of grim! hahah time aku tengah ambik gambar lah dia pandang, on point betul. okay, apa ada dalam ni? ada roller coaster ride! yang ni tak tinggi tapi cuma laju je, kau akan rasa nak termuntah jugak lepas turun from ride tu, serious! hahaha Bagi aku, suka the building, ancient look!
Mana mak mak yang nak buat pengat labu ke labu masak lemak pucuk manis ke boleh ambik okay, dah bersawang tu haa tak dipetik hehehe dalam castle of grim tu belah bawak dia rumah hantu ni lah, since halloween season masa pegi, sebab tu ada si labu ni.
Actually kus semangat jugaklah masuk dalam tu sebab even yang takutkan tu mekap style level level nak takutkan budak je macam dalam kartun hahaha tapi aku terkejut jugak kahkah!! maybe sebab cahaya dan effect khas yang dibuat dalam kawasan tu kot so aku terbawak bawak mood hantu. Jadah betul
Hogwarts?!!! Gryfindor house ke ni? hahaha potterhead. Okay, for this one store dia lah, nak beli apa apa merchandise daripada legoland boleh lah besi sini, memandangkan masa aku pegi musim hujan, berderu orang beli baju hujan dan payung legoland serta topi, harga dia ya ampun, payung rege 100 pun laku diknon, huntungggg. Aku pulak masuk dan usha je, aku suka tengok lama lama sebab rasa macam dalam tahun dulu dulu zaman england perancis punya history ehehehe please jangan berangan banyak sangat okehh.
4. Imagination
Imagination ni playground untuk bebudak je actually sebab ada taman permainan so untuk entertain budak boleh lah.
Tapi untuk aku imagination gone wild bila tengok couple raincoat ni, serta merta dalam diri ni terbayang nak suami nak anak. HAHA come on, shot terbaik untuk aku macam commercial punya advertise kot. Fuhh
5. Mini Land Legoland
Kat miniland ni jangan expect ada apa sangat, tapi kalau nak cuci mna tengok replika lego mercu tanda setiap negara, haa situ lah. Untuk aku, kind of love that place sebab ada replika bulding each of belah asia tenggara ni. hehe tengok dedepan cantik rupanya, stop by stop okay aku tengok punya lah excited!!
Taj Mahal
Ahhh so real!
Sampan sampan tu bergerak tau actually keliling temple tu, bukan duduk diam je tawwww
Replika rumah kampung setiap negeri is kat area Malaysia punya kawasan, area Malaysia besar lah sikit, airport lama ada, Putrajaya ada and KL jugak.
Gunung Kinabalu!! mana raflesia? hehe aku pun tak jumpa cari kat gunung tu sampai rasa nak masuk dalam kawasan replika hahaha sebab sign dia ada punya pasal, kuajaqqq!
uhui main nda ajak bah!
Petronas Twin Tower! Aku selalu nak pegi sini sebab Kinokuniya je hahah
6. Ninjago
Fav all the time even aku 23 tapi aku tak missed okay tengok cerita ni hahaha padahal kartun lego, aku pun tak paham tapi seriously addicted.
Dalam ninjago ni ada place bebudak boleh build up lego ninjago free free tapi kalau nak lego dia kau kena beli lah sebab segala jenis lego ninjago yang bermacam macam watak semua ada kat sini, lagi banyak daripada store kat ioi city mall tu cuma price ni better kau beli kat ioi punya ninjago store hahahaha tapi banyak choice lah.
Alolo, bergambar dengan Kai je, dah tahu lah kan aku paling minat sape. Aku dengan dia macam kembar, dedua cepat berapi.
Setakat ni je gambar lego aku snap dekat luar, sebab masa aku masuk dalam macam amaze jap baca semua history watak watak ninjago ni hahaha kan aku dah kata aku ni umur je dah tua tapi pesen masih budak hihi oh yes, dalam ni ada game ride tau, experiencing jadi ninja lawan lawan penjahat, aku suka train tu sebab aku dapat marks tinggi hahaha
Overall, if tanya opinion aku best ke tak, kalau ada family ada anak confirm best! Cuma its a bit expensive, kalau ada beribu haa cun lah. Tak semestinya family lah, aku tengok ramai je coule dating sini hahaha sweet kot main mainan bebudak melayan je gf naik ride kepala naga. Cun habis. So tak terhad untuk yang berkeluarga, if rasa nak pegi, just go. Ada anak nanti haa pegi lagi. hehehe
And, make sure jangan bawa bekal okay sebab in front of gate masa nak masuk tu akan ada spot check bag. So berlapar ajelah k sebab makanan harga tak masuk akal. Thats all for sharing my experience trip to legoland! See you again legoland bila i ada anak okay!
Regards and bye!